Tuesday, February 22, 2011

PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA

SHTI    GAGAL MEMAJUKANP/PINANG

   P/PINANG gagal  untuk mencapai kemajuan yang diharapkan oleh SHTI. selepas perang Napoleon tamat,British terpaksa memulangkan melaka dan betawi kepada belanda. belanda mengenakan  cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada perdagang british di betawi.

Saturday, January 29, 2011

SHTI mengambil seberang prai

Seberang Prai penting untuk dijadikan sebagai benteng pertahanan jika Pulau Pinang diancam oleh kuasa asing lain.Janji SHTI untuk membantu Kedah menghadapi musuh hanyalah seperti menanam tebu di tepi bibir,kerana batuan tidak diberi apabila siam menyerang kedah pada bulan november 1821.

SHTI MUNGKIR JANJI

Sultan Abdullah terpedaya dengan tipu muslihat  Francis Light yang enggan membantu kedah yang diancam oleh siam.Akibatnya,Sultan Abdullah terpaksa menandatangani perjanjian persahabatan dan  keamanan Inggeris.Pada tahun 1791 Kedah menandakan Pulau Pinang diserahkan secara rasmi kepada SHTI.

Friday, January 28, 2011

TIPU HELAH FRANCIS LIGHT bagi mendapatkan Pulau Pinang

     SHTI bimbang dengan kepentingan perdagangan mereka di semenanjung Tanah Melayu akan terjejas akibat dasar monopoli belanda.Francis Light dengan secara peribadinya telah menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786.Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat,beliau mesti memberi bantuan kententeraan  kepada Kedah apabila diperlukan.       
Antara syarat-syaratnya ialah :-



  • SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
  • SHTI tidak boleh melindungi  musuh Kedah.
  • SHTI akan membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan.

ANCAMAN SIAM

    Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada siam semasa siam berperang dengan burma pada tahun 1753-1781.Sultan Abdullah yang memerintah  dari tahun 1778-1797.,terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi kedah dari ancaman siam.

ANCAMAN BUGIS

Pada akhir kurun ke-18,pertikaian dan perubatan di kalangan pembesar telah mengancam kedaulatan kedah.Pada tahun 1770,sultan  Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.