Tuesday, February 22, 2011

PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA

SHTI    GAGAL MEMAJUKANP/PINANG

   P/PINANG gagal  untuk mencapai kemajuan yang diharapkan oleh SHTI. selepas perang Napoleon tamat,British terpaksa memulangkan melaka dan betawi kepada belanda. belanda mengenakan  cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada perdagang british di betawi.

Saturday, January 29, 2011

SHTI mengambil seberang prai

Seberang Prai penting untuk dijadikan sebagai benteng pertahanan jika Pulau Pinang diancam oleh kuasa asing lain.Janji SHTI untuk membantu Kedah menghadapi musuh hanyalah seperti menanam tebu di tepi bibir,kerana batuan tidak diberi apabila siam menyerang kedah pada bulan november 1821.

SHTI MUNGKIR JANJI

Sultan Abdullah terpedaya dengan tipu muslihat  Francis Light yang enggan membantu kedah yang diancam oleh siam.Akibatnya,Sultan Abdullah terpaksa menandatangani perjanjian persahabatan dan  keamanan Inggeris.Pada tahun 1791 Kedah menandakan Pulau Pinang diserahkan secara rasmi kepada SHTI.

Friday, January 28, 2011

TIPU HELAH FRANCIS LIGHT bagi mendapatkan Pulau Pinang

     SHTI bimbang dengan kepentingan perdagangan mereka di semenanjung Tanah Melayu akan terjejas akibat dasar monopoli belanda.Francis Light dengan secara peribadinya telah menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786.Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat,beliau mesti memberi bantuan kententeraan  kepada Kedah apabila diperlukan.       
Antara syarat-syaratnya ialah :-



  • SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
  • SHTI tidak boleh melindungi  musuh Kedah.
  • SHTI akan membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan.

ANCAMAN SIAM

    Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada siam semasa siam berperang dengan burma pada tahun 1753-1781.Sultan Abdullah yang memerintah  dari tahun 1778-1797.,terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi kedah dari ancaman siam.

ANCAMAN BUGIS

Pada akhir kurun ke-18,pertikaian dan perubatan di kalangan pembesar telah mengancam kedaulatan kedah.Pada tahun 1770,sultan  Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.

Thursday, January 27, 2011

KEDAULATAN KEDAH TERCABAR

Pada kurung ke-16,kuala kedah telah berkembang sebagai pelabuhan enterpot di kepulauan melayu.Dasar buka pinyu yang diamalkan oleh kerajaan kedah membolehkan kuala kedah maju sebagai pusat perdangangan antarabangsa.

PANGKALAN TENTERA

British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India.Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangakalan tentera di kepulauan melayu,untuk mempertahankan petempatanya di India daripada serangan Perancis.

PELABUHAN PERSINGGAHAN

 Pelabuhan  Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air,makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton,China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

PUSAT PENGUMPULAN BARANG

    SHTI memerlukan teh dari negeri china.Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah.Sebagai tukaran,negara china mahukan emas,perak,bijih timah dan lada hitam.Oleh itu,Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.

1.1 PERTAPAKAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS ( SHTI ) DI PULAU PINANG

                                         Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI




Pada asalnya pulau pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri kedah.Kegemilangan kedah pula  menjadi sebuah kuasa maritim,ia telah menarik  minat SHTI.Tetapi SHTI tidak boleh menguasai kedah kerana siam telah mengakui bahawa kedah  adalah di bawah naungannya.Selain itu,SHTI juga perlu mencari sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan,pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera bagi urusan perdagangannya.Kedudukan pulau pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara timur dengan barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

                      SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (  SHTI )




  Syarikat Hindia Timur Inggeris atau lebih dikenali sebagai ( SHTI ) ditubuhkan di England    pada tahun 1600.Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.